Sunday, April 27, 2014

The Sixth Sense - Movie Review




1. Siapakah M. Night Shyamalan dan bincangkan gaya pengarahan beliau secara umum!
M. Night Shyamalan adalah seorang pengarah film terkenal yang dilahirkan di India. Walaupun begitu, Shyamalan dibesarkan disebuah kota kecil di kawasan Penn Valley di area Philadelphia, Pennsylvania. Walaupun status beliau yang terlahir dalam keluarga ibu bapa adalah seorang dokter, tapi minat nya dalam pembuatan film memacu beliau menjadi seorang pengarah. Film pertamanya adalah Praying with Anger (2002) yang berdasarkan pengalaman trip beliau ke kampung halamannya iaitu India. (www.imdb.com) 


Gaya pengarahan M. Night Shyamalan dikenal dengan kehebatannya dalam menghasilkan film-film bergenre supranatural. Pernah bersekolah di sekolah Katolik menjadikan beliau sering bermain dengan unsur-unsur spiritual. Selain itu, Shyamalan juga hebat dan cekap bermain dengan unsur twist dalam kebanyakan film nya. Sehingga penonton yang menonton mendapatkan perasaan yang terkejut ataupun tidak dapat menebak akhhir cerita dari film-film beliau. Di film-film Shyamalan, kebanyakan plot-plot yang diambil adala mengisahkan kemampuan luar biasa seseorang seperti di film The sist Sense ini sendiri. Beliau juga dikatakan sering menjadikan Philadelphia sebagai latar belakang di kebanyakan film-film nya. 



2. Sila rumuskan dalam satu perenggan sinopsis film The Sixth Sense. 
Sinopsis ini berdasarkan pandangan saya setelah menonton film ini. Film ini mengisahkan seorang anak kecil yang bernama Cole yang diperankan aktor kecil Halev J Osment yang dapat melihat roh-roh yang telah mati tetapi sebenarnya masih berkeliaran didunia ini. Seperti kata-kata ini yang diucapkan Cole dalam film tersebut iaitu "i can see dead people". Teman-teman dan ibu nya sendiri menyangka dia adalah anak yang pelik atau freak. Sehingga dia dipertemukan dengan seorang dokter psikologist anak yang diperankan oleh Bruce Willies yang pada akhir cerita dalam film ini diperlihatkan bahawa Bruce willies adalah salah satu "dead people" yang selama ini menemani nya. 




3. The sixth Sense adalah sebuah film dalam genre drama tragedi berbandi horror. Apakah kelainan yang yang cuba ditonjolkan oleh M. Night Shyamalan dalam film ini?
Seperti yang kita ketahui, film the sixth sense ini menceritakan tentang ibu tunggal yang sangat risau tentang krisis yang dialami anaknya. Iaitu apabila ibu nya tahu anak nya mengalami kejadian-kejadian pelik. Disini ditonjolkan bagaimana emosi seorang ibu dalam menjaga anaknya dan disamping itu mengalami kondisi kewangan yang buruk juga. Disamping itu, dalam film ini juga ada nya dokter psikologist yang membantu anak tersebut agar pulih dari penyakit yang di hadapi nya tetapi disisi lain juga dokter itu mempunyi masala dengan istri nya juga. Sehingga film ini diletakkan pada genre drama daripada genre horror. 

4. Bincangkan bagaimana watak dan perwatakan dalm film ini dan bagaimana ia menyumbang kepada kesan plot cerita. 
Watak utama dalam film ini adala cole seorang anak yang sering mengalami ketakutan terutama pada malam hari. Hal ini kerana keupayaan cole yang dapat meliat roh-roh yang telah mati. Cole pula sangat pendiam dan dilihat tidak terbuka dengan ibu nya sendiri. Cole takut kalau ibu nya tidak dapat percaya bahawa dia dapat melihat roh yang telah mati dan malah mengira dirinya freak atau pelik. 

Watak selanjutkan iaitu Dr Malcolm merupakan dokter psikologist kanak-kanak dan dokter Cole juga. 
Watak yang dimainkan dalam Dr. Malcolm ini adalah watak seorang dokter yang ingin membantu masalah yang dihadapi Cole. Walaupun dia mengalami masalah dengan istrinya. Ada keinginan untuk berhenti menjadi Dokter kepada Cole agar dia boleh menyelesaikan masalah pribadi yang dialaminya. Tetapi kerana watak beliau adalah seorang yang penyayang dan tidak sanggup melihat Cole terus mengalami masalahnya, jadi Dr Malcolm terus membantu Cole sehingga Cole menemukan titik penyelesaian.

Plot cerita ini sangat menarik dan watak-watak dalam film ini sangat bersangkut paut antara satu sama lain. Seperti Cole yang dapat melihat roh orang yang telah mati, dan salah seorang si mati tersebut merupakan dokter nya sendiri iaitu Dr. Malcolm. 

5. Bincangkan kepentingan twist dalam penulisan skrip ini.
Kepentingan twist dalam film adalah untuk memberikan keunikan dan kemenarikan dalam suatu film. Seingga penonton tidak dapat mengagak apa yang akan terjadi pada ending cerita. Penulisan Skrip untuk menunjang efek twist juga penting untuk saling membantu menghasilkan film yang rasional dalam segi skrip dan efek twist nya. 







No comments:

Post a Comment