Sunday, March 2, 2014

DIRECTOR'S JOURNAL

Pertama kali disuruh buat director's journal nak nangis pun ada, nak gelak pun ada, nak joget-joget di tengah sawah pun ada, sebab tak tau ape-ke-ben-de-nye itu director's journal. Even saat time saya tulis nih pun tak tau lagi apa tuh director's journal. Pegi tanya Dokter, dokter cakap pegi tengok note kuliah. still tak paham -_- kbye. Pegi tanya esyam, dia tak balas lagi biasalah orang femes nih -_- kbye. Tapi yang saya tahu nak buat dalam bentuk diari, memang bagi kaw kaw ayat diari lah kan tapi macam ayat rempit pun ade nih. Siape cakap mia takleh berbahasa melayu, siape? siape? terre nih. Ok mari kita kembali ke jalan yang benar. Ampunkan saya. 

Kuliah pertama kelas Seni Dalam Pengarahan Film saya tidak datang, terlupa sungguh sungguh pun terlupa jadi blur blur sikit, i mean blur banyak tidak tahu apa mahu di buat. Kuliah kedua pula kami di suruh menonton cerita Forrest Gump, berbeza dengan selepas, sem ini kami harus buat movie review pulak. hais. Tapi bagus lah jugakkan boleh juga kita fokus dalam tengok movie tuh dan belajar dari movie tuh. 

Dan kalau boleh jujur saya masih tidak tahu apa nak kena buat dalam membuat director's journal nih, tanya Dr Azlan kita yang dirahmati Allah SWT itu pun dia tak nak bagi tahu, beliau cakap suruh baca kerja rakan-rakan lain. Nak baca tapi umur saya tak panjang (nauzubillah) maksud saya umur nak kumpul assignment ini tak panjang. Takkan nak baca satu satuuuu huaaaaa :'(( nak joget-joget di tengah sawah lagi pun ada, Bulan itu bulan cinta bulan itu bulan kita~ Fokus mia fokus!! Mari kita kembali ke jalan yang benar lagi. Ampunkan saya.

Jadi kelas Seni Dalam Pengarahan Film ini tidak berjalan sendiri melainkan berjalan secara bergandingan dengan kelas TV Production. Nah, di kelas Tv production ini kita harus memproduksi sebuah produksi (memproduksi sebuah produksi? hmmm). Ada 4 produksi yang harus di hasilkan iaitu membuat iklan, Public Service Announcement, membuat cerita pendek , dan video promo jabatan media. Untuk merealisasikan nya, semua pelajar dibagi kepada 4 kelompok berdasarkan minat seorang pelajar tersebut. Macam saya semua tak minat, confuse sedikit nak masuk kelompok yang mana kerana saya tahu semuanya akan AWESOME,  jadi saya pergi lah masuk ke kelompok pembuatan video promo jabatan media.

Oh ya terlupa nak bagi tahu, dalam Director's Journal nih juga Dr Azlan nak kita menganggap diri kita sebagai pengarah. Menganggap je? Taknak jadikan saya jadi pengarah betul-betul ke dokter? hais sedih  haha. Sekali lagi mari kita kembali ke jalan yang baik dan benar. Dalam pembuatan video promo ini berbeza dengan video-video promo jabatan yang telah dihasilkan sebelumnya. Dokter nak kita orang buat dengan in direct way, which so cooool. and I like it more that way. Tapi hanya saja akan diperlukan nya beberapa scenes, dan setiap scene diperlukan aktor yang berbeza pula, dan setting yang berbeza pula, dan props yang berbeza pula. Disitu lah cabarannya. Cabaran lain nya pula takut orang tak paham dengan pesan yang hendak cuba disampaikan, sebab scenes kita indirect way. Apa-apa pun, saya sebagai pengarah (cis) percaya dengan kumpulan saya *mukaserious*

Dalam pembuatan video promo jabatan ini, kami belum lagi membagikan tugasan-tugasan yang hendak kami buat. Tapi dokter, kalau dokter baca ini saya dan anis redho dan bersedia dengan sepenuh hati menjadi pelakon nya haha kidding, nak pencen lah. Bisa dikatakan kami masih di stage Pre-Production lah, stage Production dan Pos- Production semestinya akan di lakukan kemudian setelah Pre-Production di laksanaan. Dalam stage Pre-Production  kami masih lagi memikirkan idea-idea untuk shot-shot video tersebut. Antara idea scene yang kami akan buat adalah, seperti scene seorang perempuan berbaju kemas berbicara di depan stage tapi penonton nya hanyalah sebuah teddy bear, ada makcik-makcik selfie dengan ayam lah, budak-budak bermain perang-perangan dan ada budak yang menjadi reporter lah, ada budak-budak juga yang ambil gambar dengan camera cute-cute, dan ada juga scene camera lomo terapung-apung di atas permukaan air dan banyak scene lain lagi. Kami pun masih memikirkan scene-scene menarik lainnya. Kalau masalah skrip, kumpulan kami tidak menggunakan apa-apa skrip. 

Tak senang nak jadi pengarah nih, pengarah bukan saja orang yang mengarah-mengarah, tapi nak kena hitung budget, Copyright, dan lain-lain nya. Dan pasal budget dan lain-lain tuh seperti yang saya katakan, kami belumpun berbincang. Itu saja dari saya, saya Syarifah Damia undur diri, mohon maaf atas kesalahan berbicara, Assalamualaikum. 




No comments:

Post a Comment